new update!!
-
*Kod : ED100A Harga : RM52 (add RM3 for 2XL - 4XL)*
* Ready stock : XS - 4XL *
*Kod : ED99C Harga : RM59 (add RM3 for 2XL - 4XL)*
*Ready stock :...
13 years ago
Kenangan bersama - sama rakan Ham yang banyak mempunyai cerita-cerita menarik...... itu yang best tu.
mengikuti program kembara Hutan dan ada kalanya aku juga join dgn dia, Pada peringkat awal nya aku ni x berapa faham sgt dan x berapa tahu ttg radio ni. tapi tiap kali jumpa dgn 2 org ni, dia akan sentiasa cerita ttg amatur radio ni. jadi lama2 aku pun beli lah satu handy utk digunakan. jadi waktu tu x ramai, dia setiu masa itu, aku, 9W2 TYT (Arwah Pak Ku) 9W2 STW (Pak Seng) CFS (Suhaimi Seng) dan AJO (Pak Joe) , mmg masa tu era tahun awal tahun 2000 mmg x ramai. Klu di Kota Bharu (kelantan) pun tak ramai org, di trg lg lah. maka main pun main, Kota bharu, Besut dan Setiu bleh berhubung terus masa tu. sbb ada Rpt di Kota Bharu dan Bukit Bintang. seronok betul masa tu, sampai boleh buat program di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, kelantan menghimpun rakan2 ham Kelantan dan trg. byk xtvt yg diadakan. siap bermlm di situ lg. ekoran dr situ, lepas satu2 xtvt yg diadakan. rakan2 pun dari sehari ke sehari bertambah ramai. Kembali kpd cerita rakan yang memperkenalkan kpd aku takdi, dia pun banyak juga mengajar aku ttg amatur radio ni. tetapi pada satu pg juga aku di hubungi oleh rakan Ham juga iaitu 9W2 NSR (Pak Nasir) yg memaklumkan bahawa Rakan takdi telah terjatuh ke dalam sungai. Waktu tu aku dgn keluarga baru aje sampai di Bt 6, dan baru aje aku siap buat ukuran baju Melayu bagi persiapan raya Tahun ni 2009. Maka aku pun
apabila menerima berita itu, terus membatalkan hasrat untuk ke Bdr K trg. Aku terus kembali ke Setiu bagi membantu usaha untuk memcari SWL AJO yg terjatuh ke dlm sungai. Apabila aku sampai di rumah sekitar dlm 12.30 t/hari, aku dihubungi oleh 9W2 MYP (Pak Mat Rani) yg memaklumkan bahawa Jenazah telah di temui. dan akan dibawa ke Hospital Setiu. jadi aku pun terus ke Hospital Setiu utk menunggu jenazah di sana. sekitar jam 1.15 t/hari jenazah sampai di Hospital Setiu. tunggu2 pun tunggu, disbbkan doktor di hospital setiu tu hanya seorg yg bertugas hari sabtu tu, maka lambat juga lah proses tu berlaku. terima kasih kpd Rakan2 yg dtg dr Kuala Terengganu, dari kota bharu yg dtg ziarah terutama nya 9W2 DTS (Pak Yie) & Isteri, 9W2 PPJ (Pak Jue) dan yg x dpt kawe nak sebut sini. urusan jenazah dan pengebumian selesai sekitar jam 11.30 mlm itu. sama-sama lah kita sedekahkan Al- Fatihah kpd arwah, semoga rohnya di tempatkan di sisi org2 yg beriman.......................
Post a Comment