Welcome To My Blogger


Syukur dikala sihat....... Pertama kali dalam hidup aku, pada Bulan Ogos 2009. Aku melalui proses yg tak pernah aku tempohi. cam ni ceritanya, pada 11hb Ogos tu aku g ke 3 buah sekolah utk sesi cermah motivasi & kerjaya. mula jam 9.00am 11.00 (selesai 1 sek) lepas tu 11.30am hingga 12.30 (selesai 1 sek) lepas tu jam 2.00pm hingga 4.00pm (selesai 1 sek) jadi hari tu satu hari penuh dgn jadual, tak ada rehat langsung. Besok nya, jam 9.00am aku ke Kuala Terengganu sbb ada meeting Hari dan Minggu belia peringkat Negeri Terengganu.... tuk--tuk-- balik sebelah ptg tu, badan ni rasa semacam aje, sejuk, panas, dan lain2 lah. aku berhenti berehat di Sg. Tong utk mengambil semula 'mood' utk meneruskan perjalanan ke rumah ku di Putera Jaya. sampai di rumah lepas menunaikan yg wajib tu aku perkena ubat panadol terus tidur.

Sorotan semasa
Hari Pertama (13/09/09) Khamis
Kolej di TUTUP kerana masalah H1N1.


Jam 5:00am - Aku ke hospital setiu utk chek tahap kesihatan. Apabila selesai aku di maklumkan bahawa deman biasa aje. dia bagi ubat dan aku balik rehat kat rumah. Mulai hari itu aku hilang selera makan, nasi mmg x nak langsung. jadi aku hanya makan roti aje. pagi tu lepas kena ubat aku terus tidur, terkejut tengahari aku bangun dan makan roti, kena ubat aku mandi. lepas tu tidur lg. bangun ptg tu, kena roti sekeping makan ubat. lepas tu rehat.
mlm tu pun tahan dgn ubat tu aje lah. hidung pun x dpt terima walaupun wife aku goreng ikan. jadi aku ni dok tahan dgn roti aje. masa tu ok lg sbb baru kan.

Hari ke Dua (14/09/09) Jumaat
Hari tu aku x ke mana, dok d rumah tidur bangun aje. Ptg tu bila aku rasa segar sikit, aku pun ajak anak2 nak g makan nasi air, sbb dah 2 hari x makan. kurang lebih jam 6.00 ptg aku pun masuk bilik air utk mandi. blum sempat aku mandi, apabila air terkena aje tangan aku, badan tiba2 mengigil habis, tapi aku gagahkan juga utk mandi. bila dah lepas mandi, aku keluar dari bilik air dgn keadaan seluruh badan bergetar. aku pakai baju sejuk, pakai seluar, guna selimut dan bungkus dgn kain tebal. tapi x jadi apa, jadi bila dah jadi cam tu terpaksa lah batalkan hajat utk g mkn nasi air. mlm tu aku x dpt duduk dgn selesa. jam 9.00 mlm aku telah hospital nak pergi chek, tapi org ramai lah. jadi aku tunggu lah, jam 10.00 mlm aku call lg, tapi org masih ramai. jam 11.30 mlm aku call lg, so dia org kata bleh dtg. terus aku pergi sbb aku dah x tahan lah, sakit badan dari kepala sampai ke kaki. Lepas ke cucuk satu jarum aku balik dan baru dpt tidur.

Hari ke Tiga (15/09/09) Sabtu
mlm tu lepas kena sejarum tu, dpt tidur lena. bangun pagi tu rasa ok sikit. tapi nasi masih belum dpt masuk mulut lg. Pg tu wife aku ajak g pasar lah apabila nampak aku dah ok sikit, aku pun apa lg sbb bila dah rasa segar ni, manalah tahu kot2 selera utk mkn tu adakan. bila sampai di pasar aku suruh wife aku aje yg g ke pasar, aku tunggu dlm kereta. balik dari pasar aku mkn kuih aje lah, sbb selera masih blum ada lg. lepas sembahyang zohor tu aku rehat lah dgn anak2, badan aku mula rasa panas sejuk pulak, aku pun ambil ubat yg d beri, kena ubat lepas tu rehat, dlm jam 4.00 ptg badan aku rasa letih sgt sbb mungkin ubat yg di cocok semlm tu baru habis. ptg tu juga apabila dah x tahan ni aku terus telefon anak buah aku, minta dia dtg ambil kat rumah utk di bawa g spital. sampai di spital aku di masukkan ke bhg kecemasan, doktor bg air dan bg ubat. masa kat kecemasan tu 2 botol air di masukan. lepas masuk air tu aku rasa ok sikit. dalam pukul 6.30 ptg aku dimaklumkan bahawa aku di masukkan ke dalam wad.


itu lah kali pertama dalam hidup aku dimasukkan ke dalam wad. kali pertama juga badan aku di masukkan air. mlm tu, aku dok dlm wad lah, baru aku dpt rasa suasana spital cam mana. 4 jam sekali dtg jururawat utk chek darah, chek suhu panas deman. bg ubat. jam 4.00 pg pulak, dia akan ambil darah, utk dihtr ke makmal.
Hari ke Empat (16/09/09) Ahad

Hari ahad ni kolej masih cuti lg, tp cuit aku terpaksa lah dok atas katil spital. nak buat cam mana. Deman aku masih belum ada perubahan. Mulut aku juga masih belum boleh terima nasi. klu buah2 tu boleh lah. Adik aku bawa makanan pagi pg tu roti canai telur, aku makan x habis sebelah pun. boring betul dok dlm spital dgn tangan sebelah di masukkan air, yg sebelah lag bebas. bila dah kena cam ni kan. nak gosok gigi pun susah, nak mandi pun x dpt, nak kencing pun susah. itu baru tangan sebelah yg d gunakan utk masuk air.

Hari ke Lima (17/09/09) Isnin
Hari yg di lalui seperti hari semlm. Sakit badan masih terasa, sakit lengan sbb dok cucuk cari urat utk ambil darah pun masih terasa. Ramai kwn2 yg dtg ziarah, bila tiba waktu melawat aje ada lah kwn2 yg satu tempat kerja dan kwn2 yg kampung pun dtg. ahli keluarga pun dtg. dok lah rasa boring sgt. Deman masih x ada perubahan sgt, sbb deman aku kuat, dia org bg ubat lewat. tapi nak buat cam mana kan. Cam biasa lah, dia x sakit, sbb aku yg sakit....

Hari ke Enam (18/09/09) Selasa

Hari ke enam ni ada perubahan sikit, deman makin kurang, selera mkn pun dah mula ada sikit2. tapi berita yg x berapa seronok dok bagi tahu jam 10.00pg tu, dia kata darah dlm badan aku semakin cair, so klu semakin cair, sehinga tahap 50% maka aku akan deman denggi. jadi aku pun minta wife aku beli air 100 plus. sbb org dok ckp itu lah air yg boleh menahan penyakit tu. so... dalam masa yg sama aada lah seorg bekas pensyarah kat kolej aku dulu, kebetul dia jaga budak dia buat latihan kat spital tu juga, dia kata kena minum air Ketam Nipah yg d rebus. apa lg... aku call dgn adik aku minta dia g beli ketam Nipah 1 kg. minta emak aku buat sup atau rebus. Lalu ptg dia emak aku pergi kat spital bawa lah ketam tu, aku pun makan dan minum lah air dia. Alhamdulillah....... perkembangan yg positif lah....

Hari ke Tujuh (19/09/09) Rabu

Apabila dah kena ketam, kena ubat, kena air 100 plus dan macam2 lg. nampaknya kesihatan aku bertambah baik. Tapi air tetap di masukkan lg. Keputusan darah pg ni nampaknya semakin baik Alhamdulillah.........

Hari ke Lapan ( 20/09/09) Khamis

Pg ni kesihatan bertambah-tambah baik, doktor masuk pg tu dlm pukul 10.00 pg dan aku bertanya kat doktor bila boleh keluar, dia kata tgk keadaan dulu, tapi aku minta lah utk keluar sbb dah nak puasa kan. dia suruh tunggu dlm tengahari sikit, dia kata nak tgk dulu satu dua perkara. tunggu2 punya tunggu, dia dtg bg tahu, dia kata ptg ni aku bleh keluar dr spital.......
apa lg bersorok lah aku sbb bleh keluar, bukan apa, dah boring dok dlm spital, tambah pulak rindu kat anak2 lah weeeh.........setelah selesai semua hal yg berkaitan dgn spital jam 3.00 ptg aku pun melangkah keluar dr spital. setelah aku menghabiskan 17 botol air selama 6 hari berada di spital setiu. itu lah pengalaman yg aku terpaksa tempuhi dan lalui. dia usia aku yg berumur 35th aku baru merasai suasana berada di spital.
itu lah, serba sedikit pengalaman yg akau lalui dan dpt d kongsikan bersama dengan rakan2. pengajarannya.......................... syukur lah di kala kita mempunyai tubuh badan yg sihat. mengsyukuri nikmatnya adalah satu perkara yg mesti kita lakukan. Hidup bermasyarakat adalah amalan hidup kita.















0 Responses

Post a Comment

// -->
Blog Widget by khairul
  • Asmaulhusna


    Masa Itu Emas


    Mutiara Kata

    Trafic

    Jom Sembang


    Thr.fm

  • Search This Blog

    Penulis Blog

    Penulis Blog

    Tahukah Anda?

    Makanan yang seimbang amat penting untuk kesihatan badan. Di samping itu,air yang mempunyai kualiti yang tinggi juga amat penting dalam kehidupan seharian. Untuk mendapatkan kesihatan dan gaya hidup yang baik, anda perlu minum air yang bersih dari bahan tercemar, bebas daripada kuman, bahan kimia, bahan² yang berat dan pencemaran yang lain.

    Network

    Pengikut

    Webmaster

    Sponsor Theme blogger powered by khairul

    Blog Teman